DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 20 Ogos 2010. Keberangkatan tiba Tuanku telah disambut mesra oleh para jemaah yang hadir pada hari itu.
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan di Padang Letak Kereta Blok M, Taman Petaling Perdana bersebelahan dengan Masjid As-Salam, Taman Sri Manja. Lebih 2,000 orang telah bersesak hadir ke majlis tersebut disamping untuk melihat lebih dekat lagi pemimpin nombor satu negara itu. Dato' Sri Najib tiba pada jam 6.20 petang dan menghabiskan waktu selama lebih 3 jam bersama rakyat untuk segmen acara yang telah ditentukan. Kepimpinan UMNO Bahagian dan rakyat sedang bersiap sedia menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri... Ketibaan YB Datuk Seri Noh Omar disambut oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian... Orangramai tidak ketingalan beratur untuk menyambut YAB Perdana Menteri... sementara menunggu duduk bersembang sesama sendiri dahulu... petugas dapur dan penyambut tetamu sedang sibuk... masih sabar menanti... saat yang ditunggu-tunggu... Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib disambut oleh def-def kehormat... YB Senator Dato' Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan turut hadir... selawat dan doa yang dipimpin oleh Datuk Dr Hj Abdul Wahab bin Ibrahim.... rakyat sedang mengaminkan doa yang dipimpin oleh Datuk Dr Hj Abdul Wahab bin Ibrahim....
Apa agaknya yang sedang dibisikkan itu.... ye YB Datuk Seri Noh Omar sedang menyampaikan ucapan Ketua Polis Selangor turut hadir... ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan peruntukan RM50,ooo kepada Masjid As-Salam yang telah sudi menerima beliau sebagai tetamu... ramai yang hadir... Nazir Masjid As-Salam menerima sumbangan sementara YBhg Datuk Dr. Hj. Wahab Ibrahim sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian menerima sumbangan sebagai mewakili masjid-masjid serta surau-surau. berjalan dari meja ke meja "turun padang" mendekati penerima sumbangan...
dalam menyampaikan sumbangan sempat beramah mesra dengan waris penerima bantuan... macamana petugas dapur boleh lepas bergambar ni... Walaupun sentiasa sibuk tetapi masih meluangkan waktu mendengar Taqlim yang disampaikan oleh Imam Masjid As-Salam sementara menunggu solat Isyak dan terawih... Dato' Sri Najib sedang berjabat tangan dengan para jemaah sebelum berangkat pulang setelah menghabiskan lebihkurang 4 jam di Taman Medan.
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog kami ini. Sila beri komen atau teguran yang membina untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara ini. Hantarkan ke : pjsumno@yahoo.com Sekian terima kasih
Sebuah parti politik siasah Melayu dalam komponen Barisan Nasional yang beroperasi di Kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan serta bekerjasama menjaga 2 DUN iaitu DUN Taman Medan dan DUN Bukit Gasing.