Saturday, July 17, 2010

PENDEDAHAN ISU PASIR

YB Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini telah mendedahkan penyelewengan isu pasir oleh Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan UMNO Negeri Selangor. 3 perkara telah digariskan:
1. PILIH KASIH
Menurut beliau, kerajaan negeri Selangor yang ingin menunjukkan ketelusan dalam pentadbirannya telah memberikan hak eksklusif dalam kerja perlombongan pasir kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Sementa Sdn. Bhd (KSSB).

KSSB telah menjadi alat kepada beberapa syarikat yang berkepentingan dan melantik syarikat kontraktor. Syarikat Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd diantaranya yang diberikan keistimewaan tertentu. Soalnya mengapa syarikat tersebut? Syarikat Sg Rambai Sdn Bhd telah diberikan diskaun sehingga 22% bagi setiap tan metrik pasir. Dengan keistimewaan tersebut telah menyebabkan syarikat Sg Rambai Sdn Bhd menjadi broker kepada KSSB.

Dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan bahawa syarikat yang mahu berurusan dalam perlombongan pasir perlu meletak deposit tetapi difahamkan Sg Rambai Angkut Sdn Bhd di beri pengecualian dalam hal ini. Mengapa ini terjadi dimana dasar kerajaan telah jelas dicabul.

Soalan kepada permasaalahan tersebut ialah kemana duit keuntungan Sg Rambai Angkut Sdn Bhd, adakah disalurkan untuk propaganda politik PR dimana selama ini mereka mendakwa tidak menyalahgunakan sumber kewangan kerajaan negeri?

2. JUAL PASIR HALUS
Penipuan dalam transaksi jualan telah dikesan dengan membenarkan kontraktor memproses dan menjual pasir halus dikawasan melombong. Jika mengikut dasar, hanya pasir kasar sahaja yang boleh dijual. Resit jualan dan belian ditukar secara tulis tangan dengan harga yang lebih mahal dan ini jelas ada unsur rasuah yang terlibat.

3. PENIPUAN DI PEJABAT TANAH
Semasa BN memerintah, PR menyebarkan fitnah bahawa BN tidak telus dalam pentadbiran. Mengapa pula apabila PR memerintah, perlombongan pasir diserahkan kepada anak syarikat kerajaan negeri?
Salah satu penipuan ialah dalam kes Lot 19439, Rawang. KSSB membayar Pejabat Tanah Gombak sebanyak RM30 ribu untuk keluar 10,000 tan metrik pasir dengan kadar RM3 bagi setiap satu metrik tan. KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor RM8 setiap metrik tan. Apa yang dikesalkan ialah bukti yang diperolehi menunjukan syarikat tersebut membayar KSSB sejumlah RM116,400 bagi keluarkan 14,550 metrik tan, ini lebih 4,550 metrik tan daripada yang diisytiharkan kepada Pejabat Daerah Gombak. Ini bermakna KSSB telah menipu Pejabat Daerah Gombak seperti "anak menipu bapak".

4. ISU CURI PASIR
Menurut beliau, penyelesaian hanya boleh dilakukan dengan :
a) Mengarah Pejabat Tanah & Daerah "membeku" atau memberhentikan pengeluaran permit pasir di negeri Selangor.
b) Pihak kerajaan negeri terutama Menteri Besar perlu faham bahawa urusan pasir adalah kuasa mutlak mereka sendiri. Jangan mem"politik" isu tersebut dengan menyalahkan kerajaan pusat pula.
c) Bubar saja KSSB. Jangan jadikan syarikat anak kerajaan negeri sebagai alat melindungi syarikat-syarikat kroni.


Mengapa senarai syarikat yang terlibat dalam perlombongan pasir pada tahun 2006 & 2007 & sahaja diserahkan kepada kerajaan pusat, mana dia senarai syarikat dari tahun awal pemerintahan PR di Selangor? Adakah ini bertujuan untuk memburukkan kerjaan BN yang terdahulu kepada rakyat. Semua perkara dijadikan isu politik oleh PR di Selangor.

Di akhirnya, ketika ditanya soalan samaada beliau sedia disaman oleh kerajaan negeri? Ini jawapannya, beliau tidak gentar dengan ugutan atau tindakan sedemikian kerana segala bukti dan saksi ada ditangannya serta akan diserahkan kepada SPRM dalam masa terdekat.





Berpakat baik-baik

PERPADUAN DI SEMUA PERINGKAT UMNO DIUTAMAKAN

Datuk Seri Najib Razak meminta pemimpin Umno bahagian terutama di negeri yang dikuasai pembangkang supaya sepakat mencari cara menyelesaikan masalah dalaman supaya ia tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya. Katanya, anggota Umno terutama di bahagian perlu mengetepikan sikap ‘kawan makan kawan‘ sebaliknya perlu bersikap ‘kawan makan lawan’, jika ia dilakukan, BN boleh kembali merampas kawasan dan negeri yang dikuasai pembangkang.


“Anggota Umno dan penyokong Umno sering tidak menyokong calon sendiri menyebabkan Umno kalah dalam pilihan raya. Jadi, bila pilihan raya, bahagian kenalah pakat pilih calon. (Kita) boleh menang kalau semua berpakat baik-baik. Pilih calon semua sokong,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah di sini, semalam.


Najib berkata, apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin dan anggota Umno terpaksa berhadapan dengan politik dalaman dan sering berbalah menyebabkan banyak puak wujud dalam bahagian.


Najib berkata, beliau masih khuatir Umno akan gagal memenangi kembali kerusi dan negeri yang tewas pada pilihan raya lalu jika masalah dalaman di bahagian masih berterusan.


“Saya tak lena tidur jika tahu ada puak-puak dalam bahagian. Semua anggota Umno perlu kembali kepada asas-asas perjuangan dan kembali kepada perjuangan pemimpin Umno terdahulu,” katanya.


Beliau berkata, anggota Umno perlu menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu sebagai iktibar dan menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran.


“Jika tidak mimpi ngeri itu akan berulang. Ia akan menjadi satu igauan jika Umno gagal untuk berkuasa. Perjuangan kita jangan hanya berkisar kepada jawatan dalam parti. Kalau ada harta gunakan harta untuk membela rakyat,” katanya.


Beliau berkata, jasa Umno bukan hanya kepada orang-orang Melayu tetapi kepada bukan Melayu dan ini sudah terbukti sejak lebih 60 tahun yang lalu menerusi kerjasama Umno dengan parti kaum lain. - Bernama

Thursday, July 15, 2010

DEMO SELAMATKAN RAKYAT SELANGOR-ISU PASIR

Pada hari Khamis 15 Julai 2010, bertempat di kantin Masjid Negeri Selangor telah berkumpul lebih kurang 500 orang untuk menyatakan ketidak puasan hati terhadap kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mengenai isu pasir.


YM Dato' Raja Hanipuddin turut serta dalam demo tersebut. Kelihatan bersama Datuk Raden Mokhtar,
SUK BN Selangor.




Tuesday, July 13, 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PJ SELATAN 2010

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian PJ Selatan 2010 telah dilangsungkan pada 11hb. Julai 2010 di Laman Putri, Hotel Siinggahsana, Petaling Jaya. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa bin Aman, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua Menteri Sabah. Turut hadir YB Senator Dato' Danald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi BN Parlimen PJ Selatan dan Naib Presiden MCA Malaysia. Persidangan kali ini di awasi oleh UMNO Bahagian Pandan selaku Wakil Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Seramai 300 orang perwakilan daripada 73 cawangan UMNO telah hadir.

YAB Datuk Seri Panglima Musa bin Aman disambut dengan pencak silat.

Para perwakilan sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh YBhg Datuk Dr. Hj Wahab bin Ibrahim selaku Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan


YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sedang menyampaikan ucapan.

Antara lain, beliau menyeru semua ahli bersatu dan buang sikap permusuhan dan dengki sesama sendiri. Beliau juga mengariskan ciri pemimpin yang ikhlas sahaja yang berjaya. Mohon peruntukan yang lebih dalam membantu menggerakkan aktiviti setempat dalam usaha merampas kembali DUN Taman Medan khususnya dan Parlimen PJ Selatan amnya.



YAB Datuk Seri Panglima Musa bin Aman pula dalam ucapan perasmiannya berkata adalah menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus pula apabila memperkatakan tentang strategi yang perlu dilakukan kerana UMNO Selangor adalah yang kuat membantu ketika Sabah diperintah pembangkang. Beliau mengajak ahli UMNO supaya mengekalkan perpaduan dan bersetuju dengan kenyataan YM Raja Dato' Hanipuddin.

Pemilihan 7 orang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2010 telah berjalan lancar melalui undi sulit. Diharap mereka dapat membawa kembali maklumat terkini untuk di sampaikan kepada ahli UMNO Bahagian PJ Selatan. Anda semua dilantik bukan untuk berseronok tetapi adalah satu amanah ahli UMNO. Amanah adalah merupakan ciri utama sebagai seorang pemimpin dalam Islam.