Friday, August 13, 2010

Lawatan Kerja bersama Datuk Idris Harun, Pengerusi SPNB

YB Datuk Idris Harun, Pengerusi SPNB telah melakukan lawatan mengejut ke Flet Taman Medan Cahaya untuk melihat sendiri kesan permasaalahan penduduk di situ. Lawatan tersebut diiringi oleh YM Raja Dato' Hanipuddin dan beberapa orang ketua masyarakat setempat. Lawatan itu disertai oleh pegawai kanan SPNB dan di mulai pada jam 3 petang.
Melihat sendiri keadaan di Blok H yang dilanda angin kencang tempohari.
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Pemandangan daripada loteng Blok H, Taman Medan Cahaya.



Wakil penduduk, Sdr Mustafa Kamal sedang menerangkan keadaan semasa di Blok H.


Respek la pada YB Datuk Idris yang sanggup bersusah payah melihat hingga ke loteng Blok H.
Sementara di Blok D pula, kesan resapan yang telah berlarutan selama lebih 8 tahun menanti untuk di baiki.

Wakil penduduk, Sdr Razali Abdullah sedang menerangkan kesan resapan air yang berlaku di Blok D.
Lawatan ke padang sukan untuk meninjau keadaan.

Lawatan tersebut berakhir pada jam 5 petang.
Bookmark and Share

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN AL MUBARAK

UMNO BAHAGIAN PJ SELATAN MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1431H" dan "SELAMAT BERPUASA" kepada seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa kita semua nilai baik untuk kita amalkan pada bulan bulan yang berikutnya.

Sunday, August 8, 2010

PELANCARAN SKUAD SAYANG PARLIMEN PJ SELATAN

Wanita Barisan Nasional Parlimen PJ Selatan telah melancarkan Skuad Sayang di padang PJS 4, Taman Medan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Shahrizat binti Abdul Jalil yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO PJ Selatan, YM Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah, Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Pengerusi-pengerusi Wanita Komponen Barisan Nasional Parlimen PJ Selatan.


Sebelum upacara pelancaran Skuad Sayang, berbagai acara di jalankan.

Ketibaan YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik disambut oleh barisan Skuad Sayang Parlimen PJ Selatan


YBhg Datuk Dr. Hj. Wahab bin Ibrahim, Mantan Wakil Rakyat hadir memberikan sokongan

Wakil daripada parti komponen turut hadir
Ketibaan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sambut oleh barisan yang panjang



Ucapan Aluan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin selaku Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan diikuti ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dalam ucapan perasmian, beliau telah mengumumkan peruntukan kepada Wanita UMNO Bahagian, Wanita Komponen Barisan Nasional dan NGO's yang mengambil bahagian pada hari tersebut.

Upacara perasmian yang gilang gemilang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Shahrizat bin Abdul Jalil