Saturday, June 19, 2010

Utusan Malaysia Online - Politik

AMBIL TINDAKAN ATAS KENYATAAN INI... WAHAI AHLI UMNO PJS... JANGAN TIDO LAGI... NANTI HANYUT
Utusan Malaysia Online - Politik
UMNO, BN perlu tingkat sokongan rakyat
KANGAR 18 Jun - UMNO dan Barisan Nasional (BN) wajar bertindak segera bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan berikutan konflik melanda pakatan pembangkang di beberapa negeri ketika ini.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kelemahan parti pembangkang itu perlu diketengahkan segera untuk pengetahuan khalayak bagi memastikan rakyat tidak terus terpengaruh dengan permainan politik pakatan pembangkang.

Tindakan segera, kata beliau, mesti dilakukan dengan matlamat rakyat tidak membuat penilaian yang silap dalam pilihan raya umum akan datang.

"Semua sedia maklum bahawa di Selangor ada isu pasir, di Perak pula isu balak. Sebenarnya macam-macam isu berlaku secara terbuka di negeri di bawah parti pembangkang.

"Selain di Selangor dan Perak, banyak juga isu di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sudah sampai masanya UMNO dan BN segera bertindak untuk kepentingan masa depan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 92 bakal mahasiswa dari Parlimen Kangar di Dewan Residensi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Radzi meminta jentera UMNO dan BN di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang supaya segera memperkukuhkan jentera parti terutama di peringkat cawangan.

"Ketika pakatan pembangkang sedang bermasalah, inilah antara waktu sesuai buat UMNO dan BN menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat peti undi untuk masa depan rakyat sendiri.

"Antara yang mesti diberi tumpuan ialah kepada generasi muda. Golongan belia lazimnya kurang menjurus perhatian kepada parti. Mereka belum tahu sepenuhnya mengenai kepentingan UMNO & BN untuk masa depan mereka sendiri," jelasnya.

Monday, June 14, 2010

Jamuan Teh Bersama Pemimpin

Pada 13 Jun 2010, 4 Cawangan UMNO daripada Zon Baiduri yang terdiri daripada Kampong Baiduri, Petaling Jaya Barat, Seksyen 51A/ Baiduri dan Sri 51A telah mengadakan sebuah majlis minum petang yang dihadiri oleh pemimipin cawangan-cawangan serta wakil komponen BN PJ Selatan. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir 2 jam kemudian.


Kaunter Biro Kebajikan UMNO Bahagian PJ Selatan juga beroperasi pada hari tersebut. Syabas kepada En Hussin & krew.

Walaupun dalam keadaan yang tak mengizinkan, YM Raja Dato' Hanipuddin masih mahu berada bersama-sama dan berucap sepatah dua kata.

En Sonan, Ketua UMNO PJ Barat pun kelihatan tetapi mengapa duduk dibawah sahaja??????