Saturday, July 31, 2010

ROADSHOW GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN (SSDE)

Pada 30 Julai 2010, jam 9 malam bertempat di Dewan MBPJ PJS 4, Taman Indah Jaya, siri ceramah SSDE telah di adakan dengan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat berbilang kaum di Parlimen PJ Selatan.



menunggu kehadiran rakyat dengan penuh debaran...

bacaan doa diketuai oleh Datuk Dr Hj Abdul Wahab Ibrahim (mantan Wakil Rakyat Tmn Medan)

Ucapan Aluan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian

ITU DIA SAMBUTAN RAKYAT TAMAN MEDAN!!!

kehadiran rakyat dari pelbagai kaum... sesuatu yang memberangsangkan

barisan penceramah malam itu...

lagi bukti... sambutan daripada veteran UMNO

pemimpin sayap turut hadir memberikan sokongan...

pemimpin komponen BN turut hadir...



rakyat yang hadir mewakili pelbagai NGo's tidak berganjak hingga ke akhir program...





Sunday, July 25, 2010

Bolasepak 9-Sebelah Pemuda UMNO PJ Selatan 2010

Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan telah diadakan pada 25 Julai 2010 bertempat di Komplek Sukan PKNS, Kelana Jaya. Kejohanan ini telah menarik penyertaan 50 buah pasukan. Perasmian telah disempurnakan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan yang telah bermurah hati menghadiahkan piala utama kejohanan.

Pada tengahari, YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah turun padang meraikan para pemain setelah menghabiskan program di Bahagian Kelana Jaya.
Petangnya, acara penyampaian hadiah dilakukan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik. Pemenang pertandingan ialah Kampung Baiduri yang memenangi wang tunai RM2 ribu sementara naib johan ialah Belia Al-Ansar pula memenangi RM1 ribu. Tempat ketiga Medan Kurnia dan keempat Chinchai FC.




Program "Jalan Keluarga Bahagia" anjuran Kelab Rukun Tetangga Blok M & N Pangsapuri Petaling Perdana telah diadakan pada 25hb Julai 2010. Program tersebut telah dirasmikan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik selaku Penyelaras DUN Taman Medan.


Ramai penduduk setempat mengambil bahagian & berpeluang memenangi hadiah.