Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan telah diadakan pada 25 Julai 2010 bertempat di Komplek Sukan PKNS, Kelana Jaya. Kejohanan ini telah menarik penyertaan 50 buah pasukan. Perasmian telah disempurnakan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan yang telah bermurah hati menghadiahkan piala utama kejohanan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfInHp01as2Wi2MYwyWK6Zt97lsmsdfnOguWsIMWEN-porMPkiUHEE5fknMuWrhqwAtmVT4FDiZEW6Uqpz1eCeDB3uRz-ng5Oj2403itafHJPp1Xdd0QV1zlvn4andEs1Mb1EDYdPuuK4Q/s400/page1.jpg)
Petangnya, acara penyampaian hadiah dilakukan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik. Pemenang pertandingan ialah Kampung Baiduri yang memenangi wang tunai RM2 ribu sementara naib johan ialah Belia Al-Ansar pula memenangi RM1 ribu. Tempat ketiga Medan Kurnia dan keempat Chinchai FC.
No comments:
Post a Comment