Monday, August 17, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PJ SELATAN 2009

CORAT-CORET SEKITAR
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA SELATAN 2009.



UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian PJ Selatan 2009 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya pada 15 Ogos 2009 jam 8 malam. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Noh bin Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. UMNO Bahagian Subang bertindak sebagai Wakil Perhubungan
UMNO Negeri Selangor oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro bin Mat Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Subang.

Ketibaan YB Dato' Hj. Noh bin Omar disambut oleh para perwakilan sejurus tiba sebelum ke pentas utama untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian PJ Selatan 2009.


Selepas nyanyian lagu UMNO seperti di gambar atas dan dalam ucapan perasmian nya YB Dato' Hj. Noh bin Omar telah mengumumkan mulai malam ini bahawa beliau akan menjadi "bapa angkat" kepada UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan bagi memastikan DUN Taman Medan dapat dirampas kembali dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Ayuh ahli UMNO Bahagian PJ Selatan tunggu apa lagi.................. kayuhlah cepat sikit buat kerja untuk memastikan kejayaan!!!

Upacara penyerahan cenderahati kepada YB Dato' Hj. Noh bin Omar dan YB Mohd Bushro bin Mat Johor oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Dato' Raja Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan serta para petugas mengambil kesempatan bergambar kenangan bagi mengingati detik manis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan 2009 sementara menanti keputusan pemilihan Wakil G7 ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009.

Sebahagian daripada perwakilan yang 'berposing' pada malam tersebut. Ada yang gelak ketawa, ada yang senyum terpilih dan ada pulak yang berbisik..... apa pulak lagi tu!!!




















Akhir kalam, syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan 2009. Kepadamu lah jua diletakkan harapan untuk kita sama-sama merampas kembali DUN Taman Medan dan Parlimen Petaling Jaya Selatan khususnya.