Friday, August 13, 2010

Lawatan Kerja bersama Datuk Idris Harun, Pengerusi SPNB

YB Datuk Idris Harun, Pengerusi SPNB telah melakukan lawatan mengejut ke Flet Taman Medan Cahaya untuk melihat sendiri kesan permasaalahan penduduk di situ. Lawatan tersebut diiringi oleh YM Raja Dato' Hanipuddin dan beberapa orang ketua masyarakat setempat. Lawatan itu disertai oleh pegawai kanan SPNB dan di mulai pada jam 3 petang.
Melihat sendiri keadaan di Blok H yang dilanda angin kencang tempohari.
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Pemandangan daripada loteng Blok H, Taman Medan Cahaya.



Wakil penduduk, Sdr Mustafa Kamal sedang menerangkan keadaan semasa di Blok H.


Respek la pada YB Datuk Idris yang sanggup bersusah payah melihat hingga ke loteng Blok H.
Sementara di Blok D pula, kesan resapan yang telah berlarutan selama lebih 8 tahun menanti untuk di baiki.

Wakil penduduk, Sdr Razali Abdullah sedang menerangkan kesan resapan air yang berlaku di Blok D.
Lawatan ke padang sukan untuk meninjau keadaan.

Lawatan tersebut berakhir pada jam 5 petang.
Bookmark and Share

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Tanya sikit tapi serius..siapakah/kumpulan mana /kawasan manakah yang UMNO patut harapkan untuk merampas kembali kerusi Taman Medan dari tangan PKR.
    OKM (orang kg medan)

    ReplyDelete