Pahit Getir Persiapan utk menyambut kedatangan PM ke Taman Medan - 17 Ogos 2010
Pada 15 Ogos 2010, YM Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik telah mengetuai ketua masyarakat ke Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan untuk berbincang mengenai pemasangan khemah bagi Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri yang dijangkakan pada 17 Ogos 2010. Tetapi usaha itu gagal lantaran karenah birokrasi dan halangan yang telah dilakukan bagi menghalang majlis tersebut diadakan. Berbagai usaha telah dilakukan termasuk untuk berkeras juga bagi menggunakan masjid tersebut tetapi atas nasihat beberapa pemimpin atasan supaya usaha dilakukan bagi mencari tempat alternatif yang lain.
Setelah mendapatkan nasihat daripada semua, program tersebut telah dipersetujui dipindahkan ke Masjid As-Salam Taman Sri Manja. Pada 16 Ogos 2010, satu sesi taklimat kepada pemimpin UMNO Cawangan-cawangan serta pemimpin masyarakat yang telah diadakan selepas solat terawih dan kerja-kerja diagihkan kepada kumpulan tertentu.
Pada 17 Ogos 2010 jam 12 tengahari, sepasukan penguatkuasa MBPJ telah menjalankan tugas mereka bagi menurunkan poster, bendera dan kain rentang mengenai program tersebut setelah mendapat arahan daripada Ahli Majlis MBPJ. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, pasukan penguatkuasa itu ditugaskan untuk memastikan khemah juga dirobohkan. Setelah beberapa siri rundingan akhirnya jalan penyelesaian adalah dengan mendapatkan permit untuk semua itu.
Jika di Perak, Sidang DUN Pakatan Rakyat diadakan dibawah pokok, begitu juga kami di UMNO PJ Selatan terpaksa bersidang dibawah pokok bagi menyelesaikan masaalah yang berkaitan dengan MBPJ itu.
Jalan penyelesaian masih dicari...
Petugas yang telah bersengkang mata hingga ke pagi bagi menyiapkan kerja pemasangan tersebut merasa hampa bila mengetahui bahawa kerja mereka telah dirosakkan.
...zaman telah berubah...dulu korang buat camtu pd parti2 lawan...so skrg mungkin masa utk terima pengajaran...walaupun aku sokong hampa...aku ttp ada belas kasihan pd parti2 lawan sbb mrk juga pertubuhan yg sah...
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog kami ini. Sila beri komen atau teguran yang membina untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara ini. Hantarkan ke : pjsumno@yahoo.com Sekian terima kasih
Sebuah parti politik siasah Melayu dalam komponen Barisan Nasional yang beroperasi di Kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan serta bekerjasama menjaga 2 DUN iaitu DUN Taman Medan dan DUN Bukit Gasing.
rasanya ini bukan karenah birokrasi, tp sikap UMNO yang memang tak nak ikut undang2...nak buat program ikut prosuder...jgn ikut suka hati shj...
ReplyDeleteSaya sebagai rakyat dah nampak true colors of UMNO...
...zaman telah berubah...dulu korang buat camtu pd parti2 lawan...so skrg mungkin masa utk terima pengajaran...walaupun aku sokong hampa...aku ttp ada belas kasihan pd parti2 lawan sbb mrk juga pertubuhan yg sah...
ReplyDelete