Tuesday, September 7, 2010

UMNO PJS Bantu Mangsa Ribut

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Nasib malang penduduk Taman Medan yang mengalami kerosakan harta benda akibat dilanda ribut baru-baru ini terubat sedikit apabila menerima sumbangan semalam.

Seramai 65 orang yang terdiri daripada penduduk yang mengalami kerugian akibat bencana tersebut menerima sumbangan berupa wang tunai daripada UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ada di antara mereka yang kerosakan rumah, kenderaan dan ada juga rosak peralatan berniaga di Bazar Ramadan Taman Medan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik berkata, sebanyak RM20,000 disediakan bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

Katanya, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk terbabit dan UMNO tidak akan membiarkan mereka terabai.

“Kita akan sentiasa membantu penduduk yang mengalami sebarang masalah dan kesulitan kerana itu prinsip UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut yang terlibat anjuran UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan di sini.

Majlis penyampaian sumbangan itu kemudiannya disusuli dengan majlis berbuka puasa.

Sumber : http://umno-online.com/?p=19649

No comments:

Post a Comment