Monday, May 3, 2010

Tahniah kepada Tuan Haji Ezam bin Mohd Nor- dilantik sebagai Senator


BeNONErcakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment