Tuesday, September 7, 2010

UMNO PJS Bantu Mangsa Ribut

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Nasib malang penduduk Taman Medan yang mengalami kerosakan harta benda akibat dilanda ribut baru-baru ini terubat sedikit apabila menerima sumbangan semalam.

Seramai 65 orang yang terdiri daripada penduduk yang mengalami kerugian akibat bencana tersebut menerima sumbangan berupa wang tunai daripada UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ada di antara mereka yang kerosakan rumah, kenderaan dan ada juga rosak peralatan berniaga di Bazar Ramadan Taman Medan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik berkata, sebanyak RM20,000 disediakan bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

Katanya, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk terbabit dan UMNO tidak akan membiarkan mereka terabai.

“Kita akan sentiasa membantu penduduk yang mengalami sebarang masalah dan kesulitan kerana itu prinsip UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut yang terlibat anjuran UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan di sini.

Majlis penyampaian sumbangan itu kemudiannya disusuli dengan majlis berbuka puasa.

Sumber : http://umno-online.com/?p=19649

Friday, August 20, 2010

Keberangkatan DYMM Sultan Selangor ke Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan

DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 20 Ogos 2010. Keberangkatan tiba Tuanku telah disambut mesra oleh para jemaah yang hadir pada hari itu.






Wednesday, August 18, 2010

BUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA di Taman Sri Manja

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan di Padang Letak Kereta Blok M, Taman Petaling Perdana bersebelahan dengan Masjid As-Salam, Taman Sri Manja. Lebih 2,000 orang telah bersesak hadir ke majlis tersebut disamping untuk melihat lebih dekat lagi pemimpin nombor satu negara itu.
Dato' Sri Najib tiba pada jam 6.20 petang dan menghabiskan waktu selama lebih 3 jam bersama rakyat untuk segmen acara yang telah ditentukan.

Kepimpinan UMNO Bahagian dan rakyat sedang bersiap sedia menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri...







Ketibaan YB Datuk Seri Noh Omar disambut oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian...




Orangramai tidak ketingalan beratur untuk menyambut YAB Perdana Menteri...


sementara menunggu duduk bersembang sesama sendiri dahulu...


petugas da
pur dan penyambut tetamu sedang sibuk...



masih sabar menanti...


saat yang ditunggu-tunggu...


Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib disambut oleh def-def kehormat...

YB Senator Dato' Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan turut hadir...

selawat dan doa yang dipimpin oleh Datuk Dr Hj Abdul Wahab bin Ibrahim....

rakyat sedang mengaminkan doa yang dipimpin oleh Datuk Dr Hj Abdul Wahab bin Ibrahim....




Apa agaknya yang sedang dibisikkan itu.... ye

YB Datuk Seri Noh Omar sedang menyampaikan ucapan

Ketua Polis Selangor turut hadir...


ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia

mengumumkan peruntukan RM50,ooo kepada Masjid As-Salam yang telah sudi menerima beliau sebagai tetamu...

ramai yang hadir...


Nazir Masjid As-Salam menerima sumbangan sementara YBhg Datuk Dr. Hj. Wahab Ibrahim sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian menerima sumbangan sebagai mewakili masjid-masjid serta surau-surau.


berjalan dari meja ke meja "turun padang" mendekati penerima sumbangan...






dalam menyampaikan sumbangan sempat beramah mesra dengan waris penerima bantuan...




macamana petugas dapur boleh lepas bergambar ni...

Walaupun sentiasa sibuk tetapi masih meluangkan waktu mendengar Taqlim yang disampaikan oleh
Imam Masjid As-Salam sementara menunggu solat Isyak dan terawih...


Dato' Sri Najib sedang berjabat tangan dengan para jemaah sebelum berangkat pulang setelah menghabiskan lebihkurang 4 jam di Taman Medan.